Print

Kuasa-Kuasa Pengarah

Ditulis pada .

KUASA-KUASA PENGARAH BEKALAN AIR NEGERI

 

1. Seksyen 6 (1) - Perlantikan Pengarah Bekalan Air dan Pihak Berkuasa Negeri

2. Seksyen 7 - Kuasa-Kuasa Pengarah

3. Seksyen 9 - Kuasa menyiasat bagi Pengarah

4. Seksyen 10 - Kuasa memeriksa Pengarah

5. Seksyen 11 (1) - Kuasa menggeledah dan menyita ( Kebenaran Majistret )

6. Seksyen 12 - Kuasa menggeledah tanpa waran

7. Seksyen 14 - Menghalang Pengarah melaksanakan tugas. Denda tidak melebihi RM5000 atau dipenjara tidak lebih daripada 6 bulan

8.Seksyen 16 -Permohonan lesen di bawah Seksyen 17 Enakmen Bekalan Air 1998 ( Juga sila rujuk Seksyen 8,19,20,21,22,23,24).

9. Seksyen 25,26,27,28,29,39,31 - Tanggungjawab Pemegang Lesen

10. Seksyen 32 - Kuasa Pengarah untuk mengurangkan atau melencongkan, kesemua atau sebahagian air di dalam mana-mana paip atau mana-mana bahagian sistem bekalan air

11. Seksyen 33 - Kuasa Pengarah untuk meluluskan pembinaan penyambungan atau pengubahan dalam mana-mana sistem bekalan air

12. Seksyen 36 - Kesalahan kerana tidak mematuhi peruntukan di bahagian IV ( denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya dan denda RM5,000 sehari selama kesalahan berterusan

13. Seksyen 49 - Kuasa Pengarah memotong bekalan air jika melakukan kesalahan di bawah enakmen ini

14. Seksyen 57 - Kuasa Pengarah Bekalan Air untuk membenarkan pengambilan air dari pili bomba

15. Seksyen 64 - Pengarah mengeluarkan notis kepada pemunya atau penghuni untuk pencegah pencemaran

16. Seksyen 70 - Kuasa kepada Pengarah untuk mengkompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 47,51,56, dan 57.