Print

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PENGARAH

Ditulis pada .

Satu sambutan ulang tahun kelahiran YBrs En. Ahmad Shahrizal Bin Yahaya yang ke-35 tahun baru sahaja berlangsung di Jabatan Bekalan Air. Sambutan ulang tahun yang sepatutnya disambut pada 7hb Januari terpaksa ditunda kepada hari ini ekoran kesibukan pengarah dalam menghadapi peperiksaan beliau. Sambutan dimulakan dengan sedikit ucapan daripada En. Abdillah Bin Deraman, CC JBA . Seterunya tiupan lilin dan pemotongan kek telah disempurnakan oleh pengarah. 

Pengarah dan kakitangan seterusnya dijemput menikmati jamuan yang disediakan dan bacaan doa selamat dan doa makan telah diketuai oleh CC JBA. Majlis turut dihadiri oleh kakitangan JBA dan bekas kakitangan yang pernah berkhidmat di JBA bersama pengarah. 

SEMOGA TERUS MAJU JAYA BOS.

Print

BILIK MESYUARAT JBA 2017

Ditulis pada .

Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu telah menaiktaraf bilik mesyuarat pada 30 November 2017 ekoran bilik mesyuarat terdahulu mempunyai ruang yang agak sempit untuk menampung ahli mesyuarat. Kini bilik mesyuarat di JBA lebih selesa untuk ahli mesyuarat mengadakan suatu perbincangan dan aktiviti kerana ia boleh menampung lebih ramai ahli dalam satu masa.

Lokasi bilik mesyuarat kini merupakan sebahagian ruang yang diberi kelulusan oleh JKR Terengganu untuk kegunaan JBA. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak terlibat dalam menjayakan projek ini.

Print

BENGKEL PELAN INDUK PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU DI SETIU WETLAND

Ditulis pada .

Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu telah menghadiri Bengkel Pelan Induk Pelancongan Negeri Terengganu pada 02 November 2017 (Khamis) yang telah diadakan di Wetlend, Setiu. Bengkel ini diwakili oleh Penolong Jurutera Jabatan Bekalan Air iaitu Encik Abd. Aziz bin Mambong dan Encik Abd Rashid bin Mohd Ali.

Tujuan bengkel adalah untuk berkongsi idea dan percambahan pendapat daripada jabatan terpilih yang menyertainya dalam meningkatkan jumlah kedatangan pelancong kearah pewujudan peluang-peluang pekerjaan, pembangunan keusahawanan, penjanaan pendapatan rakyat tempatan dan setererusnya meningkatkan sektor pelancongan kepada KDNK Negeri Terengganu khususnya di lokasi yang difokuskan tersebut. Program ini telah diselaras oleh Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu (UTEN-T) dengan kerjasama PEMANDU Associate.

Semoga bengkel tersebut mencapai hasrat kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan di Negeri Terengganu bersesuaian dengan Pelan Induk Pelancongan Negeri Terengganu 2018-2025.