Print

Perutusan Pengarah

Ditulis pada .

KATA-KATA ALUAN PENGARAH JABATAN BEKALAN AIR NEGERI TERENGGANU

Asalamualaikum dan selamat datang diucapkan kepada pengunjung-pengunjung laman web kami, Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu.

     Saya berserta semua warga Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana Jabatan Bekalan Air Negeri dapat juga menyedia laman web jabatan bagi turut sama menyedia ruang penyampaian maklumat dan ruang berinteraksi secara 'ICT' dengan masyarakat sebagaimana yang menjadi "trend" masa kini.Saya berharap laman web ini akan berfaedah kepada masyarakat umum dalam memberi maklumat terkini tentang peranan Jabatan Bekalan Air Negeri sebagai Badan Kawalselia urusan air mentah di negeri ini.

    Urusan Kawal Selia aktiviti dari loji hingga ke "billing" termasuk juga tentang mutu air bersih yang diproses oleh operator air adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

   Jabatan ini juga akan terus terlibat dari segi Penyediaan Perancangan Pembangunan Infrastruktur Air Kerajaan Negeri dengan kerjasama konsesi-konsesi bekalan air.

            
Sekian, terima kasih.

(AHMAD SHAHRIZAL BIN YAHAYA)
Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu.